Hentikan AG dari terlibat kes Adib

- Advertisement -

SAYA  merasa bersyukur apabila menerima berita bahawa Mahkamah Koroner memutuskan bahawa Allahyarham Adib mati akibat dipukul ketika rusuhan. Saya juga yakin bahawa PDRM mampu menyelesaikan kes ini dengan menangkap dan membawa pihak yang bersalah ke muka keadilan.

- Advertisement -

Namun begitu, merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh PDRM, PDRM akan merujuk kepada pihak Peguam Negara berdasarkan keputusan Mahkamah Koroner berkaitan inkues. Hal ini sangat membimbangkan memandangkan Peguam Negara yang masih berada dalam Prosiding Menghina Mahkamah, justeru dilihat sebagai pihak yang berkepentingan dalam kes ini.

Oleh kerana Peguam Negara enggan meletakkan jawatan walaupun didesak oleh banyak pihak, saya mendesak agar sekurang-kurangnya Peguam Negara direhatkan untuk satu tempoh agar beliau tidak lagi terlibat dengan siasatan kes Allahyarham Adib. Pasukan Siasatan Khas juga perlu segera ditubuhkan dan Kertas Siasatan perlu dibuka semula bagi menyiasat kes ini secara menyeluruh terutamanya jika wujud campur tangan atau tekanan daripada mana-mana pihak.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
28 September 2019/ 28 Muharram 1441H – HARAKAHDAILY 28/9/2019

- Advertisement -