Takziah buat keluarga Allahyarham Yazit

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga bekas pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, yang meninggal dunia pagi semalam.

- Advertisement -

Rakaman takziah itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad di sini hari ini.

Menurutnya, pemergian Yazit merupakan kehilangan besar pada industri seni tanah air khususnya muzik.

“Beliau merupakan lagenda kepada kumpulan Serch yang cukup dikenali sekitar tahun 80-an.

“Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Pengakhiran hidupnya yang baik didoakan diterima Allah,” ujarnya.

Katanya, beliau turut mendapat khabar allahyarham  ingin membeli set drum elektronik semata-mata untuk menyertai kumpulan nasyid.

Yazit yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia pada jam 11.53 pagi semalam.

Allahyarham dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3.45 pagi sebelumnya selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Sebelum ini allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama pada awal bulan lalu akibat masalah pernafasan.

Allahyarham Yazit meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.– HARAKAHDAILY 27/9/2019

- Advertisement -