Mahasiswa dalam politik dan pemimpin masa depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mahasiswa perlulah menghidupkan tamadun ilmu dan bersiap menjadi pemimpin, antaranya dengan banyak membaca, seterusnya menterjemahkan ilmu kepada masyarakat melalui sistem dan polisi negara.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin menyeru demikian dalam Empowering Muslim Youth Convention mengupas tajuk “Naratif Malaysia Baharu: Peranan dan Persediaan Mahasiswa” di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, kelmarin.

Menurutnya, dalam pemerintahan negara, pengisiannya adalah dari kepimpinan di mana tertumpu kepada golongan cendekiawan yang tidak akan boleh memimpin tanpa mempunyai warganegara berilmu; iaitu bererti rakyat perlu dididik.

Begitu juga katanya, golongan mahasiswa mesti menjadi individu barisan pertama yang memahami sebarang dasar atau polisi dibawa kerajaan, seterusnya turun kepada rakyat jika ianya betul, tepat dan benar untuk kebajikan warga.

Namun jika sebaliknya ujar jurutera muda ini, mahasiswa mesti menjadi individu pertama menentangnya secara konstruktif, bagi mewujudkan aliran pemikiran yang menuju kepada solusi sama bagi membaiki negara.

“Kita mesti ada political will. Boleh duduk sama, boleh berbincang. Setuju pada perkara yang sometimes, (boleh) agree to disagree, tapi boleh berbincang. Saya cadangkan kita buat attachment kepada pemimpin-pemimpin politik muda.

“Kita lihat world view pendekatan (semua) parti-parti politik dan tingkatkan kesedaran politik kalangan mahasiswa. Tapi jangan takut, kalau kita takut, kita tak akan jadi negara maju.

“(Bagi kami Pemuda PAS) Kita mesti memahami bahawasanya the ultimate intellectualism  adalah kembalikan diri kepada Allah. Maka semua rakyat akan menjadi baik, walaupun kita berbilang bangsa dan agama.

“Mari sama-sama kita bina negara, kurangkan politik, tapi kita mesti ada political will dalam kalangan mahasiswa untuk sama-sama bantu kerajaan dan pembangkang, untuk kita bangunkan negara,” seru beliau meletakkan peranan mahasiswa ke satu landasan yang matang. – HARAKAHDAILY 27/9/2019

- Advertisement -