6 adaptasi mahasiswa transformasi futuristik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin menggariskan enam peranan perlu mahasiswa adaptasi sebagaimana transformasi WINS2051 dibawa PAS dalam menyediakan mereka sebagai pemimpin masa depan.

- Advertisement -

Perkara itu dibentangkan beliau dalam Empowering Muslim Youth Convention membicarakan topik “Naratif Malaysia Baharu: Peranan dan Persediaan Mahasiswa” di Universiti Islam Malaysia (USIM), Nilai, kelmarin

Pertama katanya, mahasiswa adalah pendakwah, bukan penghukum yakni dengan kelebihan ilmu dapat membawa teori kepada implikasi praktikal kepada masyarakat atas kemampuan mengaitkan hujah naqli  dan aqli.

Kedua kemukanya, mahasiswa sebagai agen perubahan kepada politik di mana mesti belajar pendekatan mentadbir negara terutama berkaitan polisi-polisi, serta mengambil bahagian menyampaikan cadangan kepada kerajaan.

Ketiga menurutnya, mahasiswa juga sebagai pemimpin negara dan dunia, mesti membawa agenda Islam memimpin agar mampu menangani banyak masalah di seluruh ceruk negara dan rantau dunia.

“Keempat, mahasiswa dalam era IR4.0 (Revolusi Industri 4.0), kita cerita mengenai big data, artificial intelligent. Semua ini mengubah landskap kehidupan manusia. Jadi point  saya, kita kena perkasakan teknologi untuk berdakwah dan mengubah rakyat.

“Kelima, mahasiswa sebagai pemangkin integrasi nasional. Saya menyeru, saya bermimpin dan bervisi, nak minta adakan program transfer student,” ujarnya merujuk kepada antara mahasiswa Muslim dan bukan Muslim termasuk peringkat antarabangsa.

Manakala keenam akhirinya, mahasiswa sebagai elemen asas pembangunan negara untuk mengambil peranan dari segala pembentangan telah mereka ikuti. – HARAKAHDAILY 27/9/2019

- Advertisement -