Penyatuan Ummah bukan untuk selamatkan individu

salam
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS menolak tuduhan pihak tertentu yang mendakwa Penyatuan Ummah antara parti itu dengan Umno untuk kepentingan politik.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, apatah lagi dakwaan penyatuan itu bertujuan menyelamatkan beberapa orang pimpinan yang sedang berhadapan dengan kes mahkamah.

Ketika memberitahu Harakahdaily beliau berkata, Penyatuan Ummah dibuat demi untuk masa depan Islam dan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Kebajikan Rangkaian Bekas ATM (Kerabat) Negeri Kelantan Kali Ke-4, di sini hari ini.

Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Kerabat Negeri Kelantan, Kapten (B) Ruslee Yaacob dan Ketua Kerabat Kawasan Pengkalan Chepa, Ahmad Mahmud. Lebih 700 orang perwakilan dari seluruh kawasan hadir pada mesyuarat berkenaan.

Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang menyifatkan Penyatuan Ummah bukan sahaja bersifat politik tetapi untuk menyelamatkan beberapa orang pemimpin utama Umno yang terlibat dengan kes mahkamah.

Beliau berkata, Penyatuan Ummah yang telah dimeterai baru-baru ini untuk menegakkan Islam.

“Tiada kaitan langsung dengan soal individu pimpinan tertentu sama ada dalam Umno atau dalam PAS.

“PAS mengambil sikap yang sama sebagaimana sebelum ini, sesiapa yang telah dibuktikan bersalah oleh mana-mana mahkamah, kami tidak akan membela individu berkenaan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/9/2019

- Advertisement -