PAS Tambun tambah ahli, kembang Cawangan

- Advertisement -

TAMBUN: PAS Kawasan Tambun telah menubuhkan PAS Cawangan Bandar Baru Putra 2 berikutan pertambahan yang sangat pesat keahlian dari PAS Cawangan Bandar Baru Putra, Ulu Kinta, di sini.

- Advertisement -

Malah, ia sebenarnya cawangan ketiga dari kawasan kediaman tersebut yang sebelum ini dikembangkan kepada PAS Cawangan Villa MDP setelah semakin ramai memohon keahlian PAS di situ.

Penubuhan tersebut telah dihadiri 35 ahli dan seramai 15 anggota penaja bagi cawangan baharu itu telah dilantik secara sebulat suara dipengerusikan sendiri Ketua Lajnah Perpaduan PAS Tambun, Azizan Mohd Zain.

Beliau berharap agar penubuhan ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara semua ahli cawangan bersama pimpinan PAS Tambun bagi mencapai matlamat yang digariskan parti.

“Penubuhan cawangan PAS di Bandar Baru Putra ini telah disempurnakan sebanyak tiga cawangan, iaitu bermula dengan Bandar Baru Putra, kemudian Villa MDP, dan terkini cawangan ketiga, kita tubuhkan cawangan Bandar Baru Putra 2.

“Hal demikian bagi menampung kepadatan permintaan keahlian yang saban bulan semakin meningkat dengan kadar yang sangat drastik,” ujarnya nemaklumkan sejarah 22 September itu.

Beliau yang juga merupakan Ketua PAS Bandar Baru Putra, turut mengingatkan bahawa PAS bukanlah memperjuangkan politik semata-mata, tetapi menitikberatkan nilai dakwah dan tarbiyah.

“Usrah ini bukan perkara main-main, ia adalah satu medan utama untuk membentuk kekuatan ukhuwah yang menjadikan kita saling bekerjasama ke arah merealisasikan Islam Memimpin Perpaduan,” nasihatnya. – HARAKAHDAILY 26/9/2019

- Advertisement -