Ibu, bapa Allahyarham Adib hargai sokongan semua

- Advertisement -

KUALA KEDAH: Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kedah mengadakan majlis bacaan Yaasin beramai-ramai di rumah Allahyarham  Mohd Adib Mohd Kassim, di Kampung Tepi Laut, Tebengau, untuk memohon ke hadrat Allah agar keputusan perbicaraan memihak kepada keluarganya.

- Advertisement -

Ibunya, Asmah Aziz, ketika ditemui petang tadi, mengharapkan kematian anaknya mendapat keadilan sewajarnya.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kedah meluangkan masa hadir ke rumah saya dan mengadakan majlis bacaan Yaasin beramai-ramai,” ujar beliau dengan nada sedih.

Hadir bersama di dalam majlis itu termasuklah Wanita Umno Kuala Kedah dan Pertubuhan Wanita Islam Kota Setar.

Sementara itu, ayah Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dari seluruh rakyat Malaysia terhadap kes kematian anaknya itu.

Walau bagaimana beliau enggan mengulas panjang cuma mengharap penentuan perbicaraan esok memberi sinar kepada keluarga.

“Terima kasih kepada yang memberi sokongan bermulanya perbicaraan dahulu hinggalah kini. Mudah-mudahan Allah memberi yang terbaik untuk kita semua,” katanya.

Pada sebelah malamnya selepas Maghrib, satu lagi majlis bacaan Yaasin anjuran PAS Kawasan Kuala Kedah diadakan di Masjid Tepi Laut, Tebengau. – HARAKAHDAILY 26/9/2019

iu

- Advertisement -