Pemuda Pahang lahir tenaga pakar IT menuju PRU

- Advertisement -

TEMERLOH: Jabatan Teknologi Maklumat (IT) Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang telah menjalankan bengkel bersiri khas bagi melahirkan tenaga pakar teknologi maklumat dari seluruh negeri ini.

- Advertisement -

Pengarah Jabatan IT Pemuda PAS Pahang, Lokman Saro berkata, pihaknya menyahut sasaran PAS Pahang untuk menerajui pemerintahan negeri tersebut pada PRU akan datang.

Beliau membentangkan perancangan pihaknya ketika melangsungkan Bemgkel Teknologi Maklumat Siri Pertama di Kompleks Pendidikan Al-Istiqomah, di sini semalam.

Sehubungan itu menurutnya, fokus melahirkan tenaga pakar IT bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 yang melatari perkembangan politik masa depan sedang dipersiapkan.

“Dalam bengkel ini peserta akan difokuskan latihan dalam kemahiran rekacipta, fotografi dan videografi secara mendalam dan praktikal terus dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman.

“Hari ini ramai yang berpindah dari pembacaan panjang kepada pembacaan ringkas. Rekacipta yang menarik dan poster dakwah mendapat tempat di hati masyarakat.

“Kerana itu, jentera media sosial PAS haruslah bijak dan kreatif dalam kemahiran rekacipta dan menyampaikannya dengan penuh kreatif dan inovatif,” ujarnya yang merupakan lepasan Rekabentuk Grafik dari Russian Culture and Computer Center.

Maklumnya, tenaga pakar yang dilahirkan dari bengkel ini nanti akan disalurkan kepada Pemuda PAS Kawasan masing-masing dan diposisikan sebagai jentera siber utama dalam memberi penerangan. – HARAKAHDAILY 23/9/2019

- Advertisement -