PAS Tangga Batu erat mesra bersama kaum Cina

- Advertisement -

TANGGA BATU:  PAS Kawasan Tangga Batu telah merai dan menyantuni masyarakat kaum Tionghua sempena Perayaan Kuih Bulan dengan mengadakan kunjungan muhibah dan mengagihkan kuih tradisi itu, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, NGO dan Mobilasi PAS Tangga Batu, Abdul Halim Maidin yang memimpin inisiatif ini memaklumkan, perayaan tersebut disambut pada pertengahan bulan kelapan kalendar Cina.

Katanya, masyarakat kaum Tionghua masih hidup mesra dan harmoni serta saling mengenali dan hormat-menghormati bersama penduduk kaum lain yang tinggal di Tangga Batu.

Edaran tersebut melibatkan penempatan masyarakat kaum Tionghua yang menetap dalam Pekan Tanjung Kling, Kampung Pengkalan Perigi, Pekan Tangga Batu, Pekan Sungai Udang dan Pekan Cheng.

"Kita berharap program ini dapat memberi gambaran dan imej baik kepada PAS sebagai parti Islam yang mesra dengan semua lapisan masyarakat sebagai tonggak dalam memimpin Muafakat Nasional," ujar Abdul Halim.

Pimpinan PAS Tangga Batu yang turut serta adalah Yang DiPertua, Bakri Jamaluddin dan Timbalan Yang DiPertua, Rafie Ahmad serta Ketua Pemuda, Redha Mahadi dan ramai lagi. – HARAKAHDAILY 24/9/2019   

- Advertisement -