Tommy Thomas digesa ‘gentleman’ dan berundur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bersikap ‘gentleman’ untuk muhasabah diri dan berundur.

- Advertisement -

Ia susulan kertas alasan penghakiman oleh Hakim Koroner, Rofiah Mohamad telah memutuskan secara ‘prima facie’ bahawa beliau telah menghina mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues.

SHAHIR2Menurut Ketua DPIM, Shahir Adnan berkata, Tommy dengan jelas telah berlaku subjudis dengan membuat satu afidavit yang menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian Allahyarham Adib, sebelum keputusan inkues Jumaat ini.

“Tahniah diucapkan kepada badan kehakiman negara yang menjunjung prinsip pembahagian kuasa, atau separation of powers antara cabang kehakiman (judisiari) dan perundangan (legislatif).

“Di mana wujud keadaan semak dan imbang antara kedua-dua cabang kuasa ini,” katanya dalam satu kenyataan media.
 
Namun begitu jelasnya, keadaan yang celaru sebegini sememangnya meremukkan harapan ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib dan keseluruhan rakyat Malaysia yang mahu melihat keputusan inkues yang adil dan saksama.

Justeru itu, pihaknya berharap masih ada sinar keadilan buat inkues itu dan yakin badan kehakiman melaksanakan tugas dengan adil.

“DPIM mewakili suara anak muda berbilang bangsa dan agama mendoakan keadilan bagi keputusan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang dijangkakan berlaku pada hari Jumaat ini,” katanya.

Mahkamah Koroner pada 21 Ogos lalu telah menetapkan 27 September sebagai tarikh keputusan prosiding inkues Allahyarham Muhammad Adib selepas meneliti semua keterangan yang diambil daripada saksi sebelum ini.

Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib yang bermula pada 11 Februari lalu telah memanggil 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar telah berlangsung selama 41 hari selain 137 eksibit dikemukakan. – HARAKAHDAILY 24/9/2019

- Advertisement -