Pemilihan PAN macam format kejohanan hoki

- Advertisement -

ADA beberapa sebab di belakang tabir isu PAN kena buat semula AGM di banyak tempat. Sebenarnya ia bukan isu yang besar, hanyalah strategi. Tiada apa yang patut dimalukan kerana dalam berpolitik, kadang-kadang taktik mengelirukan musuh. Ia perlu bagi membuat serangan balas yang tidak disangka ke atas musuh. Kau orang tahu ketawa saja, bukan nak hadam isu. OK, aku cerita.

- Advertisement -

Ahli PAS ada 1 juta orang, dah masuk PAN 800,000, sebab tak puas hati dengan PAS kalah dalam PRU, dan mereka rupanya sudah sokong PAN yang menang, mengikut dakwaan Presiden PAN. Memang 800,000 ahli PAS itu gila nak ke Putrajaya. Sehingga sekarang mungkin mereka sudah mengutip ghanimah.

Mereka tidak miskin merempat lagi sebagaimana mereka duduk di dalam PAS dahulu. Lagi yang baki itu, 200,000, majoritinya masuk PAN lagi, sebab marah Penyatuan Ummah atau Muafakat Nasional dengan Umno. PAS hanya tinggal AJK Pusat sahaja dan beberapa kerat lagi sekarang.

Kemudian ahli Umno ada 3 juta orang, dan tak puas hati juga dengan Penyatuan Ummah, lari lagi dalam 80 peratus, jadi 2.4 juta orang masuk PAN. Bayangkan mereka masuk serentak pada hari yang sama. Ada baca tak berita SUA PAN tak jawab telefon bila wartawan nak tanya pasal isu ini?

Dia nak jawab macam mana dia mungkin tengah guna telefon nak kira ahli baru masuk, sampai jem, tak tahu nombor keluar ke tidak nak jumlahkan semua ahli itu. Juta, engkau tahu? Juta itu. So jangan nak tuduh dia nak lari dari wartawan. Tambah lagi dia jadi Timbalan Menteri, super busy.

Ketiga, Mat Sabu sebenarnya dah tahu yang Ikram cuba nak makan dia dalam pemilihan. Jadi Mat Sabu buat dulu pemilihan yang olok-olok, dan dia tak kisah ramai orang dia kalah. Kemudian lepas pemilihan ini, dia dah dapat ahli baru yang juta-juta, jadi dia pun batalkan semua pemilihan lama, buat yang baru dengan alasan teknikal. Haaa, sekarang Ikram dah kena game dengan Mat Sabu. Softway, hardway Ikram kena. Biar dia rasa.

Mat Sabu bukan bodoh, dia dah ada pengalaman dengan perwakilan PAS yang teruk dulu kenakan dia dalam pemilihan. Sia-sialah kalau tak belajar kan? Jadi kali ini, elephants are ready to fight again. Mampuslah Ikram kali ini, Abang Mat buat come back huh, baru dia tahu macam mana nak main bangsat dengan Abang Mat.

Saya sokong Abang Mat sebab Ikram ini lagi jahat. Tapi, mungkin juga pemilihan PAN dia buat format macam hoki. Lepas kalah suku akhir atau separuh akhir, main lagi, jadi ada chance nak menang tempat keempat hingga kelapan. Aku agaklah.

Teori ahli PAS dan Umno masuk PAN ini ini aku rasa-rasa saja, sebab PAN duk ratib kata ramai ahli PAS dengan Umno tak puas hati dan nak masuk PAN. Tak tahu betul ke salah. Ikut suka aku saja buat teori. Tapi kau orang semua perasan tak, dia ratib ramai ahli PAS dan Umno tak puas hati dan nak masuk PAN sebab penyatuan itu. Lepas itu dia ratib pula yang penyatuan ini tak bawa apa-apa faedah. Dah engkau yang kata ramai ahli pergi dekat engkau sepatutnya PAS dengan Umno melingkup dah sebab ahli lari. Jadi apa yang tak ada faedahnya? Untunglah engkau, macam bodohlah pula.

Tapi yang paling bodoh, pengikut dia yang masih percaya dengan PAN. Hafal jugalah ayat Quran, nak kata penyatuan tak ikut sunnah, muafakat berlumba-lumba ke neraka kata bos dia orang. Masih tabah kena tipu lagi walau dengan AGM dia terbatal. Untuk manifesto itu, jangan cakaplah. Yang ini tak boleh buat apalah kan, bodoh itu kan percuma, bukan kena cukai pun. Habislah dia orang borong.

Tapi kalau PAN tak boleh guna bendera untuk mana-mana PRK, harap maklumkan pada PAS. PAS ini bersikap profesional, walaupun lebai. DAP pernah nak guna lambang kita sebab ada isu dengan ROS. PAS OK saja, boleh bagi. PAN pun, kalau ada isu dengan ROS, lagilah kita boleh bagi kalau nak guna. Tapi jangan guna bendera DAP, nanti habislah, dulu orang tak percaya yang PAN ini khadam DAP?

MOHD NASIR ABDULLAH
24 September 2019 – HARAKAHDAILY 24/9/2019

- Advertisement -