Kelantan mohon jadi tuan rumah SUKMA 2024

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membuat permohonan rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 pada 2024.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, permohonan itu akan dibuat selepas dibincang pada mesyuarat Exco kerajaan negeri esok.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri telah menyatakan hasrat tersebut kepada kementerian berkenaan melalui Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Bagaimanapun permohonan secara rasmi akan dibuat selepas mesyuarat Exco esok setelah perkara berkenaan dibincangkan pada mesyuarat tersebut,” katanya di sini.

Sejak Kelantan ditadbir PAS pada 1990 Kelantan belum pernah diberi peluang menjadi tuan rumah acara sukan prestij peringkat negara.

Wan Roslan yang juga Adun Pengkalan Kubor berkata, pada 12 Okober ini kerajaan negeri akan menganjur Bulan Sukan Negara peringkat negeri. – HARAKAHDAILY 24/9/2019

- Advertisement -