Penyatuan Ummah ditentang pelampau Kristian ditatang

- Advertisement -

DAP terus bersembunyi daripada menjawab dakwaan Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, ada pimpinan mereka yang terlibat dengan fahaman Pelampau Kristian. Saya sendiri telah mendatangkan beberapa persoalan tentang perkara tersebut, yang menuntut DAP memberi jawapan.

- Advertisement -

Sepertimana strategi DAP berdepan dengan isu buku Hannah Yeoh yang pernah dibangkitkan oleh Dr Kamarulzaman Yusoff, DAP sekali mengulangi taktik yang sama iaitu mendiamkan diri seribu bahasa. Malah semua portal-portal yang pro PH juga menggelapkan isu tersebut.

Secara tiba-tiba, seorang pendakwah bebas yang merupakan pendukung parti pembela DAP muncul di TV menyerang usaha Penyatuan Ummah. Beliau menyatakan Penyatuan Ummah yang diusahakan oleh PAS, Umno, NGOs dan tokoh-tokoh Melayu sesuatu yang tidak selaras dengan tuntutan al-Quran.

Saya tidak berhasrat untuk membahaskan dakyah yang beliau utarakan dengan cuba mengaitkannya dengan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith. Yang saya ingin bangkitkan adakah beliau bersetuju dengan perjuangan beberapa pemimpin DAP yang secara jelas mahu mewujudkan “The Kingdom of God” sebagaimana aliran pemikiran Pelampau Kristian.

Sekiranya beliau tidak mampu memberi jawapan, mungkin disebabkan beliau tiada kedudukan penting dalam parti, maka saya cabar pemimpin parti tersebut untuk menyatakan pendirian, adakah mereka merestui agenda mewujudkan The Kingdom of God dan menjayakan The Jesus Manifesto? Mengapa Penyatuan Ummah ditentang tetapi Pelampau Kristian ditatang?

MOHD ZUHDI MARZUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat – HARAKAHDAILY 24/9/2019

- Advertisement -