PAS-Umno Kepala Batas bakal wujud sekretariat

- Advertisement -

KEPALA BATAS: PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Kepala Batas telah mengadakan pertemuan rasmi yang dilangsungkan di Wisma Umno Kepala Batas, di sini semalam.

- Advertisement -

Pertemuan tersebut menjadi sebahagian sejarah daripada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) yang telah dilangsungkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), minggu lalu.

Pimpinan PAS Kepala Batas yang hadir antaranya ialah Yang DiPertua, Bukhori Ghazali dan Timbalan Yang DiPertua, Md Sobhi Omar serta Naib Yang DiPertua, Ahmad Kamil Hashim dan lain-lain.

Manakala pihak Umno Kepala Batas dipimpin Ketua, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican dan Timbalan Ketua, Dato’ Roslan Saidin serta beberapa pimpinan yang lainnya.

Dalam kenyataan bersama kedua pihak selepas pertemuan tersebut memaklumkan bahawa satu sekretariat akan diwujudkan bagi memudahkan koordinasi kedua pihak dalam merancang program bersama.

Menurut Bukhori, beliau mengharapkan pertemuan itu menjadi titik permulaan ukhuwah serta kerjasama kedua pihak di semua peringkat dari majlis yang merupakan gelombang ummah ini. – HARAKAHDAILY 23/9/2019 

IMG 20190923 WA0049

- Advertisement -