PAS Sayong sambut 30 tahun sejarah penubuhan

- Advertisement -

KUALA KANGSAR: PAS Cawangan Sayong telah mengadakan Majlis Sambutan 30 Tahun Penubuhan dengan pelbagai aktiviti yang memeriahkan hari bersejarah tersebut di desa ini, kelmarin.

- Advertisement -

Ketua PAS Sayongm Ruhayat Mohd Nazir berkata, majlis ini mampu memberi semangat dan inspirasi khususnya generasi muda agar meneruskan perjuangan generasi terdahulu.

Menurutnya, generasi terdahulu telah memerah keringat menubuhkan Markas PAS Sayong dan sambutan ini diadakan agar generasi kini mengambil semangat juang ayah dan datuk mereka 30 tahun lampau.

Paling utama program ini telah dihadiri oleh kaum ibu bekas-bekas guru PASTI yang pernah berkhidmat sekitar tahun 1980-an dan 90-an dahulu, termasuk para veteran PAS di mana masih istiqamah hingga kini.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan mewarna dan persembahan anak-anak PASTI, memanah, bowling kelapa, sambut belon, gerai jualan dan forum mengenang sejarah pertubuhan.

Turut tidak dilupakan adalah mengadakan majlis bacaan Yaasiin dan tahlil buat para pejuang dari Cawangan PAS Sayong yang telah kembali ke rahmatullah.

“Buat ayah-ayah kita yang gigih membangunkan Markas PAS Sayong seperti Almarhum Haji Mohd Nazir Mat Shah yang mendirikan markas di atas tanah keluarga beliau,” ujar Ruhayat lagi. – HARAKAHDAILY 23/9/2019   

IMG 20190923 WA0007

IMG 20190923 WA0008

IMG 20190923 WA0009

- Advertisement -