Kaum Cina sokong kempen “PAS is Ok”

- Advertisement -

GOPENG: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Perak dengan kerjasama PAS Kawasan Gopeng telah mengadakan program Kami Sayang Semua “PAS is Ok”  bertempat di Papa and Mama Home, Pegoh Seberang, di sini semalam. 

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak, Ustaz Azmi Murad berkata, program yang diadakan ini bertujuan membawa mesej perpaduan kepada semua masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Menurutnya, program ini dijadikan perintis bagi Kawasan-kawasan seluruh negeri ini sebagai usaha memupuk nilai kasih sayang pada seantero rakyat terutamanya kepada mereka yang tinggal di rumah jagaan ini.

Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pusat jagaan orang-orang tua ini turut dijalankan oleh semua Ahli Jawatankuasa yang hadir.

Ia dilaksanakan bagi mengekalkan keselesaan mereka dan membuktikan bahawa PAS amat prihatin terhadap kebajikan rakyat Malaysia.

Edaran risalah yang disediakan dalam tulisan Mandarin mengenai pengenalan Islam turut diagihkan kepada semua penghuni pusat jagaan ini sebagai usaha dakwah PAS kepada masyarakat bukan-Muslim. 

Ironinya, penglibatan Ahli Jawatankuasa Lajnah Perhubungan Nasional PAS Malaysia, Farah Zeila Foo Abdullah dalam program ini menjadi tarikan kerana beliau seorang Cina Muslim yang boleh berbahasa Kantonis.

Kehadirannya dalam program ini memudahkan proses menyantuni warga rumah jagaan ini yang kebanyakkannya tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Penghuni di pusat jagaan ini turut menghargai usaha PAS dan menyatakan bahawa mereka mahukan sebuah kehidupan yang aman tanpa berlakunya sebarang perbalahan oleh mana-mana kaum dan agama di Malaysia ini

Beberapa masalah dapat dikenal seperti keperluan penghuni kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta kekangan lain di mana akan diambil tindakan lanjut bagi melancarkan proses penjagaan rumah orang-orang tua ini. – HARAKAHDAILY 22/9/2019

IMG 20190922 WA0061

IMG 20190922 WA0060

- Advertisement -