Jentera Pilihan Raya Muslimat Pekan bersiap siaga

- Advertisement -

PEKAN: Jentera Pilihan Raya Muslimat Parlimen Pekan telah mengadakan sesi taklimat khas yang disampaikan oleh Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Negeri Pahang di Madrasah Al-Husna Jalan Rompin Lama, di sini semalam.

- Advertisement -

Taklimat tersebut telah diberikan oleh Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Muslimat Pahang, Zafirah Zainuddin mengenai perubahan struktur organisasi, pelan tindakan strategik dan tatacara kerja termasuk peranan entiti parti dalam menarik undi.

Secara khusus beliau juga menekankan keperluan menggerakkan Jentera Muslimat di semua peringkat dengan merangka program pengundi berdasarkan objektif dan sasaran agar dapat mencapai Jumlah Undi Sasar (JUS).

Menerusi taklimat tersebut, ia turut menyuntik semangat Jentera Muslimat dari empat Dun iaitu Peramu Jaya, Pulau Manis, Chini dan Bebar bagi menyusun gerak kerja yang menjadi persiapan ke arah PRU15.

Program ini turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pekan, Ustazah Rohana Mohamad bersama Timbalan dan Naib Ketua Muslimat, Jamilah Chu dan Harison Md Amin, serta Ketua Briged Muslimat PAS Pahang, Fathin Hanina Mustaza. – HARAKAHDAILY 22/9/2019

IMG 20190922 WA0048

IMG 20190922 WA0047

- Advertisement -