Akhbar siar propaganda burukkan Muafakat Nasional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pihak tertentu yang kepanasan dan tidak senang dengan kejayaan agenda Penyatuan Ummah hingga termeterai Piagam Muafakat Nasional dilihat terus sedaya upaya memberi imej buruk mengenainya.

- Advertisement -

Terbaru, provokasi dan propaganda berkaitan cuba diletuskan menerusi permainan di media cetak apabila disiarkan karikatur dalam siaran akhbarOverseas Chinese Daily News terbitan 19 September kelmarin.

Karikatur bersifat memperlekeh itu mengimejkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang beriringan dalam pakaian perkahwinan.

Ianya dilihat sebagai lanjutan yang selari dengan dogma dan naratif cuba diasakkan beberapa pimpinan PH terutama dari PAN di mana bersungguh untuk menyatakan kejayaan PAS dan Umno itu sebagai sebuah perkahwinan.

Cubaan untuk mempengaruhi persepsi dan menanam doktrin jahat kepada massa itu jelas langkah terdesak dan dangkal setelah pelbagai usaha mereka menyekat kemaraan agenda Penyatuan Ummah gagal.

Malah, ini juga langkah terkebelakang di era pemerintahan PH apabila beberapa media utama langsung tidak memberi laporan terhadap Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC minggu lalu.

Rentetan daripada penyiaran oleh akhbar berpangkalan di Sabah itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain dalam kenyataannya memaklumkan bahawa mereka akan menggerakkan laporan polis.

Menurut beliau, penyiaran yang dilihat bertujuan menghina dan mengaibkan itu perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa secara sewajarnya termasuk dikaji permitnya. – HARAKAHDAILY 22/9/2019

- Advertisement -