Presiden suntik semangat Liqa’ Fikri PAS Petra Jaya

- Advertisement -
PETRA JAYA: Liqa’ Fikri PAS Kawasan Petra Jaya telah diadakan bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dilangsungkan bertempat di Hotel Serapi, Kuching, di sini baru-baru ini.
 
Program ini dianjurkan sempena lawatan kerja Presiden PAS bagi menghimpunkan seluruh ahli PAS yang berada di sekitar Kuching untuk mendengar taujihat dan pesanan serta penjelasan terutama berkaitan isu-isu terkini.
 
Liqa’ Fikri ini turut dihadiri oleh yang DiPertua PAS Petra Jaya, Morshidi Hassan dan Ketua Pemuda PAS, S Muhammad Salim dan Ketua Muslimat PAS, Habsah Bujang serta saf pimpinan Pemuda dan Muslimat.  
 
Juga seramai 150 ahli telah menghadiri Liqa’ ini bagi mendengarkan sendiri amanat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden. 
 
Menurut Tuan Guru, pendekatan muwajahah silmiyah yang digunakan oleh PAS adalah pendekatan terbaik dalam merealisasikan Muafakat Nasional seterusnya mendepani arus politik dengan mengetengahkan Islam sebagai solusi. 
 
“Wujudkan perpaduan Islam dan seluruh ummat manusia berdasarkan ibrah persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar,” ujar beliau lagi. 
 
Beliau juga mengingatkan dengan kata-kata Imam Al-Ghazali betapa agama adalah asas, sedang kuasa pemerintahan adalah payung yang memayunginya di mana sekiranya tidak ada kuasa pemerintahan, ajaran itu akan menjadi sia-sia. – HARAKAHDAILY21/9/2019
- Advertisement -