PAS-Umno Puchong bersama kacau bubur Asyura

- Advertisement -

PUCHONG: Muslimat PAS Kawasan Puchong bersama Wanita, Puteri dan Pemuda Umno Bahagian Puchong telah mengadakan program Kacau Bubur Asyura bertempat di Surau Al-Falah Taman Sri Andalas Kembangsari, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Biro Masjid bagi memupuk semangat kemasyarakatan bersama penduduk kampung dengan melakukan aktiviti gotong-royong kacau bubur asyura.

Pimpinan utama yang hadir dalam program ini adalah Naib Ketua Muslimat PAS Puchong, Norizan Hassan dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya, Nashirah Sheikh Abdullah serta beberapa ahli jawatankuasa lain.

Manakala Ketua Umno Puchong, Datuk Mohamad Satim Diman turut hadir bersama Ahli Jawatankuasa yang lain iaitu Setiausaha, Raden Mokhtar Md Yusof dan Ketua Wanita, Hasnah Daim.

Norizan memaklumkan, ini adalah program yang julung kalinya diadakan di antara Wanita Umno dan Muslimat PAS bertujuan mengeratkan ukhuwah demi Islam. – HARAKAHDAILY 21/9/2019

IMG 20190921 WA0033

- Advertisement -