Timbalan Presiden prihatin nasib mangsa kebakaran

- Advertisement -

TAWAU: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah meluangkan masa melawat mangsa kebakaran Kampung Sri Menanti dan Kampung Otentik, Tanjung Batu, di sini hari ini.

- Advertisement -

Kunjungan beliau seusai solat Jumaat di Masjid Nurul Huda yang terletak kira-kira 20 meter dari tapak kebakaran itu sebagai menzahirkan keprihatinan terhadap ujian dilalui mangsa.

Beliau juga sempat menyantuni mangsa yang ditemui dengan peringatan bahawa ujian hidup sedemikian merupakan antara rahmat besar dan Allah mengangkat darjat hamba-hamba-Nya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Nurul Huda, Ustaz Mohamad Nasir Ali untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran.

Dalam tragedi pada 26 Ogos lalu, lebih 100 keluarga hilang tempat tinggal dan memerlukan bantuan dalam segala segi di mana PAS Kawasan Tawau mengharap semua pihak terus menghulur sumbangan. – HARAKAHDAILY 20/9/2019 

IMG 20190920 WA0036

- Advertisement -