Yaasiin erat silaturahim Muslimat Rantau Petronas

- Advertisement -

KEMAMAN: Aktiviti kerohanian seperti bacaan surah Yaasiin beramai-ramai oleh komuniti penduduk mampu mengeratkan silaturahim sesama mereka.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Muslimat PAS Cawangan Kampung Baru, Kertih Rohana Muda, 50, memberitahu, majlis seumpama itu juga mampu mengetepikan persengketaan serta perselisihan fahaman ideologi politik masing-masing.

“Hampir setiap minggu ada sahaja undangan diterima daripada penduduk, untuk majlis tahlil atau kesyukuran, bacaan Yaasiin untuk peperiksaan anak-anak atau ada keluarga si pesakit yang berhajat.

“Undangan yang diterima juga meluas, dari masyarakat sekitar Kemasik dan Kertih termasuk juga jemputan dari pihak sekolah,” ujar beliau.

Beliau memaklumkan, kumpulan tersebut terdiri dari pelbagai latar belakang suri rumah yang mempunyai masa terluang di sebelah pagi ketika ditemui di Surau Taman Selasih, Kertih, di sini semalam.

Kumpulan ini mula bergerak sebelum PRU14 lalu dan semakin berkembang dari masa ke semasa, sehingga berjaya mengumpul 60 orang ahlinya kini.

“Kita namakan sebagai Skuad Yaasiin Rantau Petronas kerana ianya gabungan Muslimat dari dua Cawangan parti, yang terletak dalam Unit Peti Undi (UPU) Rantau Petronas,” kata beliau selaku ketua skuad tersebut.

Menurut Rohana lagi, surah Yaasiin dipilih kerana sejak berzaman menjadi amalan masyarakat Muslim di negara ini membacakan surah ke-36 dalam al-Quran pada setiap malam Jumaat, namun tidak semua menghayati maksud terkandung dalam surah berkenaan. – HARAKAHDAILY 19/9/2019   

IMG 20190919 WA0046

IMG 20190919 WA0047

IMG 20190919 WA0048

- Advertisement -