PH Perak berbalah, kerajaan tidak stabil

- Advertisement -

KETIKA PAS dan Umno di Negeri Perak mengiatkan usaha penyatuan ummah demi kesejahteraan rakyat, PH Perak pula terus bergolak dan saling menjatuhkan sesama sendiri.

- Advertisement -

Terkini kenyataan Penasihat Khas Menteri Besar, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang secara terbuka menegur sikap segelintir pemimpin tertinggi dalam parti komponen Kerajaan PH Perak yang mempertikaikan keupayaan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Semakin hari semakin jelas keretakan pakatan yang didominasi oleh DAP ini. Lebih malang, MB Perak terus-menerus ditekan kerakusan parti-parti komponen dalam PH Perak. Sehingga kini isu integriti seperti rasuah dan penyalahunaan kuasa serta isu melibatkan jenayah rogol masih tidak selesai dan ianya jelas merosakkan imej Negeri Perak.

PH Perak kini semakin pincang, pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak semakin tidak menentu dan ini membawa kesan yang besar terhadap ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat. Lebih parah lagi, fokus para pemimpin PH Perak kini dilihat bukan kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negeri tetapi lebih suka kepada perbalahan terbuka sesama sendiri yang menyebabkan ketidakstabilan politik negeri.

PAS Perak menyatakan kesediaan kami menyelamatkan negeri Perak yang dicintai ini. PAS Perak yakin bahawa Muafakat Nasional yang dimenterai bersama dapat mensejahterakan rakyat, membangunkan semula ekonomi dan menyatupadukan kaum di Perak.

HAFEZ SABRI
[Ketua Penerangan
PAS Perak] – HARAKAHDAILY 19/9/2019

- Advertisement -