Family Day Kkj JPro DPPM meriah

- Advertisement -

HULU SELANGOR: Kluster Kejuruteraan (Kkj) Jabatan Profesional Muda (JPro) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengadakan program Family Day di Huda’s Haven Resort, Batang Kali, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli, selain berkenalan dan berinteraksi antara mereka juga dengan saf kepimpinan baharu Jabatan Profesional Muda.

Selain pengisian dan perbincangan santai, program turut diceriakan dengan aktiviti riadah termasuk bermain futsal, kayak, mandi sungai dan lain-lain di samping menikmati panorama alam semulajadi.

Pengerusi Kluster Kejuruteraan, Ir Muhammad Faqih Badrishah dalam ucapannya menyeru semangat agar hidup dalam gerak kerja jamaah seperti ‘Superteam’ dan bukannya ‘Superman’.

Turut hadir merasmikan penutupan program adalah Pengarah JPro, Prof Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid yang turut memaklumkan program Engineering Professional Talk (EPT 4.0) bakal dianjurkan.

“Jurutera ini bersifat versatile (serba boleh), jadi banyak perkara yang boleh kita sumbang dalam PAS,” ujarnya mmbangkitkan motivasi hadirin. – HARAKAHDAILY 19/9/2019

  IMG 20190919 WA0040

IMG 20190919 WA0043

IMG 20190919 WA0044

IMG 20190919 WA0045

- Advertisement -