Ameerah Kampar gerakkan 10K Langkah Merdeka

- Advertisement -

KAMPAR: Ameerah Kawasan Kampar telah menganjurkan aktiviti fizikal kesihatan iaitu 10,000 Langkah Merdeka yang dilangsungkan di Padang Taman Sentosa, Bandar Baru, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Program ini sebagai menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melakukan aktiviti sedemikian bagi menyihatkan badan, selain mengekalkan berat badan idea.

Menerusi penganjuran ini juga, ianya dapat mempromosikan gaya hidup sihat kepada terutama kepada golongan wanita, selain menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Negara.

Selain berjalan kaki, Ameerah turut menyampaikan risalah dakwah bertajuk “Merdekakan Jiwamu”, selain mengutip sampah disepanjang langkah 10,000 itu sebagai kempen kebersihan.

Program ini juga diisi dengan ucapan dari Ketua Muslimat PAS Kampar, Robiaton Hassan yang selain berharap mencapai tujuan kesihatan, mengharap program itu mengikat ukhuwah semua pihak. – HARAKAHDAILY 19/9/2019   

IMG 20190919 WA0030

IMG 20190919 WA0031

IMG 20190919 WA0032

IMG 20190919 WA0033

IMG 20190919 WA0034

IMG 20190919 WA0035  

 

IMG 20190919 WA0036

IMG 20190919 WA0037

- Advertisement -