Retreat ‘Alimat rencana mantap organisasi

- Advertisement -

TITIWANGSA: Lajnah ‘Alimat dan Pembangunan Keluarga Dewan Ulamak PAS Pusat telah menjalankan program permukiman (retreat) bagi sesi kepimpinan baharu di Hotel AdamSon, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Ia telah dihadiri Ahli Jawatankuasa Lajnah serta Ketua ‘Alimat Negeri yang menampilkan gandingan muka baru dan sesi lepas yang mencambahkan idea-idea dari pengalaman pelbagai negeri.

Pengerusinya, Ustazah Ana Mastura Ismail berharap semua anggota memastikan kelancaran gerak kerja ‘Alimat dengan merancang pelan tindakan seiring pelan strategik Pusat terutama mendepani cabaran PRU15.

Ustazah Mastura turut menelusuri sejarah asal tertubuhnya Unit ‘Alimat di bawah Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis yang merupakan cetusan idea dari Almarhum Tuan Guru Harun Taib pada tahun 2005.

Seterusnya atas cadangan beliau, Dewan Ulamak PAS Pusat telah menaik taraf Unit ‘Alimat kepada Jabatan ‘Alimat dan setelah itu dinaikkan menjadi sebuah lajnah supaya ia dapat berperanan dengan lebih luas.

Program kali ini turut menekankan kepentingan menjana sumber kewangan di bawah Unit Ekonomi, sementara unit-unit lain juga telah menggariskan pelan tindakan praktikal sebagai laluan menempatkan para ‘Alimat di persada perjuangan PAS. – HARAKAHDAILY 18/9/2019

- Advertisement -