Plot kejatuhan Uthmaniyyah di kancah WW1

- Advertisement -

YOUNG Turks menggulingkan Khalifah

- Advertisement -

(1)     Kejatuhan Uthmaniyyah pada 1924 sangat segar di dalam minda pengkaji sejarah. Kuasa besar Islam lenyap begitu sahaja akibat unsur-unsur sengal yang menyelinap masuk. Antaranya kemunculan geng Ittihad wat Taraqqi pada 1889 yang jelas melaksanakan agenda Zionis secara dalaman.

Ittihad Wat Taraqqi memainkan peranan penting dalam memburukkan Khalifah Sultan Abdul Hamid II dengan konspirasi jahat, antaranya mencetuskan kebangkitan anak muda Turki (Young Turks) pada 1908 dan pada tahun berikutnya khalifah digulingkan.

(2)     Selepas itu, Sultan Mehmet Reshad naik takhta dan beliau banyak memberikan mandat kepada geng Ittihad wat Taraqqi. Ittihad wat Taraqqi yang dianggotai oleh Pasha-pasha ketika itu diberi tanggungjawab membuat dan melaksanakan undang-undang tentera berpusat di Istanbul.

Uthmaniyyah diheret dengan tawaran dedak

(1)     Umum mengetahui Uthmaniyyah pada asalnya tiada kena mengena dengan Perang Dunia Pertama yang bermula Jun 1914. Asalnya pertembungan antara Kuasa Pusat yang dianggotai oleh Jerman, Hungary dan Itali berhadapan dengan Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh British, Perancis dan Rusia.

Geng Pasha yang sememangnya sejak awal lagi sudah cenderung ke arah Jerman. Namun, setelah Itali menarik diri dari kancah tersebut pada 1 Ogos 1914. Keesokan harinya geng Pasha telah membuat perjanjian “belakang tabir” untuk menyertai Kuasa Pusat berhadapan Tentera Bersekutu.

(2)      Beberapa bulan kemudian, Jerman mula menawarkan dedak kepada Uthmaniah sebagai tanda rasmi penglibatan Uthmaniyyah dalam Kuasa Pusat. Dedak yang ditaburkan oleh Jerman dengan anggaran 2 juta Kurush (mata wang Turki) diterima oleh Kerajaan Uthmaniyyah pada Oktober 1914.

(3)      Selang beberapa hari, tanpa diduga, geng Pasha yang sudah menikmati dedak, mula membelakangi khalifah dengan mengeluarkan arahan “mencari pasal” terhadap Tentera Bersekutu, dengan menyerang Kapal Perang Rusia yang merupakan geng Tentera Bersekutu. Sejurus serangan itu, Rusia isytihar perang kepada Uthmaniyyah.

Perang meletus. Khalifah tiada pilihan, terpaksa menyeru Ummat Islam seluruh dunia bangkit menentang Tentera Bersekutu Kebangkitan demi kebangkitan, akhirnya mengorbankan 250 000 Tentera Uthmaniah. Rekod pemerintahan Khilafah Islamiah tercalar dalam isu ini.

Tawaran jawatan dan janji yang dicapati

(1)     Dalam pada itu, pada 1916 berlakunya kebangkitan Arab hasil rancangan licik intelligent Inggeris (Lawrance Arabia) menghasut Syarif Hussein untuk mencetuskan kebangkitan tersebut dengan bersekongkol dengan Perancis dan Inggeris. Syarif Hussein ditawarkan jawatan memerintah Makkah dan Madinah jika berjaya menjatuhkan khilafah.

(2)     Ketika zaman Sultan Abdul Hamid II sebelum ini, beliau bertegas untuk tidak menyerahkan sekangkang kera pun tanah kepada Yahudi. Namun setelah Beliau digulingkan, ia membuka ruang kepada Inggeris untuk melaksanakan agenda Negara Yahudi.

Justeru pada 1917, diadakan perjanjian Balfour sebagai batu asas kepada penubuhan Negara Yahudi tersebut. Setahun kemudian, berakhirnya Perang Dunia Pertama pada November 1918 yang menjadi laluan kepada runtuhnya Uthmaniyyah.

(3)     Dalam keadaan Uthmaniyyah sendiri berhadapan dengan krisis dalaman, hutang yang bertimbun untuk membina istana di pinggir Selat Balfour, dan juga sentimen Arab-Turki menyumbang kepada runtuhnya sebuah khilafah yang tercatat sejarah agungnya.

(4)     Setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah, Syarif Hussein yang sepatutnya dijanjikan jawatan memerintah Makkah dan Madinah, hanyalah janji dicapati. Akhirnya beliau dan kabilah Arabnya “terbuang” ke sebuah tanah tandus, hari ini dinamakan Jordan.

– MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 18/9/2019

- Advertisement -