PAS-Umno Kampar sambut Hari Malaysia

- Advertisement -

KAMPAR: PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Kampar telah bersatu menganjurkan Sambutan Hari Malaysia yang telah dilangsungkan di Kampung Air Itam Labu, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Ianya merupakan program julung kali kedua pihak selepas termeterainya Piagam Muafakat Nasional sebagai kesyukuran atas hubungan Penyatuan Ummah yang telah terjalin dan dibina.

Program bermula meriah dengan konvoi oleh anak muda Alternative Riding Club (ARC) yang mengiringi perasmi iaitu Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit ke tapak program tersebut.

Beliau turut bersama masyarakat pada Majlis Hi-Tea Hari Malaysia anjuran bersama PAS dan Umno Cawangan Taman Sejahtera, Bukit Pekan dan Air Itam Labu di Dewan Orang Ramai.

Turut hadir adalah wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, Ganeson Munusamy bersama rakan-rakan masyarakat India dari sekitar Parlimen ini.

Ustaz Sabri dalam ucapannya menyeru agar masyarakat bersama dengan agenda Penyatuan Ummah dan menyedari kebobrokan pemerintahan PH yang didominasi DAP.

Beliau kemudian bersama Timbalan Yang DiPertua PAS Kampar, Ustaz Anuar Morat dan Ketua Umno Kampar, Dato’ Abd Rahman Mat Som menyampaikan sumbangan barangan harian kepada asnaf setempat.

Menariknya, acara sempena sambutan ini juga diadakan perlawanan bola sepak antara pasukan Penyatuan Ummah Kampar United menentang Air Itam Labu FC. – HARAKAHDAILY 18/9/2019 

IMG 20190918 WA0070

IMG 20190918 WA0071 

IMG 20190918 WA0072

IMG 20190918 WA0073

- Advertisement -