PAS Bkt Mertajam prihatin mangsa kemalangan

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM: PAS Cawangan Taman Impian telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kemalangan, Noorfakrul Ariff Noorfarizal, 18 di kediaman beliau, di sini.

- Advertisement -

Sumbangan telah disampaikan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Mertajam, Azmi Jamri yang hadir melawat bersama Ahli Jawatankuasa dan Muslimat PAS Taman Impian, kelmarin dahulu.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian bawah mata, dahi dan rahang kiri itu masih berehat ketika ditemui bersama ibunya, Norain Basir di kediaman mereka di Taman Impian Indah.

Dalam kejadian 21 Ogos lalu, Noorfakrul yang menunggang motosikal telah berlanggar dengan motosikal lain dari bahagian hadapan dan terpaksa menjalani pembedahan selama 7 jam.

Oleh itu, sumbangan pihak PAS itu sebagai meringankan beban keluarga ini yang menanggung kos RM5,000 bagi tujuan tersebut dan masih memerlukan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 18/9/2019

- Advertisement -