Jerebu: Ameerah Pandan edar topeng muka

- Advertisement -

PANDAN: Ameerah Kawasan Pandan telah mengadakan program Ameerah Aware dalam menyedarkan penduduk masyarakat setempat berkaitan masalah jerebu yang sedang melanda negara ketika ini.

- Advertisement -

Pengarah Ameerah Aware, Aqilah Mukhtar berkata, program ini sebagai tanda keprihatinan Ameerah terhadap warga setempat atas terkesan oleh fenomena jerebu yang berlaku sejak minggu lalu.

Sehubungan itu, Ameerah Pandan telah mengadakan edaran topeng muka dan risalah kesihatan berkenaan tips menghadapi jerebu kepada orang ramai di sekitar Midpoint Pandan Indah, di sini kelmarin.

Aqilah berkata, program dilakukan ini sewajarnya dilihat sebagai satu perkara penting perlu dititikberatkan oleh penduduk di tempat lain agar menjadi rakyat yang peka dengan keadaan semasa negara.

Beliau yang mengetuai program tersebut berhasrat untuk meneruskan lagi aktiviti berbentuk sedemikian dengan lebih meluas lagi bagi meningkatkan kesedaran penduduk di Pandan ini.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) kelmarin menunjukkan kawasan di sekitar Lembah Klang termasuk Cheras (156) dan Petaling Jaya (146) berada dalam kategori bacaan tidak sihat.

Ianya yang boleh dilihat sebagai satu perkara yang boleh membahayakan kesihatan penduduk setempat di daerah ini. – HARAKAHDAILY 18/9/2019 

IMG 20190918 WA0037

IMG 20190918 WA0036

- Advertisement -