Tembok halangan: Diktator atau Ghazwatul fikr?

- Advertisement -

DI dalam al Quran Allah S.W.T menceritakan tentang perangai-perangai musuh Islam yang mencipta atau membina halangan-halangan daripada menuju jalan Allah S.W.T. Antara yang boleh digariskan ialah;

- Advertisement -

1)     Halangan dengan cara kekerasan atau kediktatoran. Antaranya kisah Firaun dan Nabi Musa A.S, kisah Raja Namrud dan Nabi Ibrahim A.S, dan banyak lagi.

2)     Halangan dengan cara strategi (psikologi) Antaranya hasutan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tukang sihir, para Anbiya’ yang dikatakan gila dan sebagainya.

Objektif halangan dicipta

Objektif utama halangan mereka ialah “menghalang manusia daripada kebenaran”. Lalu Kaum Sodom memperkenalkan Hedonism, Kaum Nabi Nuh A.S menyuruh bertaqlid, Firaun mengungkit jasanya dan pelbagai lagi seni-seni menghalang jalan Allah.

Perkara ini disebutkan di dalam Tafsiran bagi salah satu ayat al Quran yang menggunakan perkataan “الصد”

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.”

(an-Nisa : 61)

Justeru, method menghalang منهج الصد perlu diteliti dan objektifnya perlu difahami oleh ahli gerakan Islam kerana ia adalah salah satu seni yang wujud di sepanjang zaman, bahkan disenaraikan di dalam al Quran dan Sirah Nabi S.A.W.

Seni halangan di zaman Nabi Muhammad S.A.W

Kita boleh lihat, di permulaan zaman kenabian Nabi Muhammad S.A.W para Sahabat R.A diseksa dengan penuh kediktatoran. Namun, setelah konsep diktator ini dilihat tidak mampu menghalang perkembangan Islam, para pembesar Quraisy datang bertemu Nabi Muhammad S.A.W untuk berunding.

Pembesar Quraisy menawarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W jawatan tertinggi di Makkah, tawaran wanita paling cantik dan kekayaan, dengan syarat Nabi Muhammad S.A.W berhenti daripada menyampaikan Islam. Nabi S.A.W menolak rundingan tersebut.

Justeru, rundingan sebenarnya merupakan salah satu konsep “halangan” yang dicipta oleh Pembesar Quraisy, iaitu halangan material. Di sana, banyak lagi seni-seni atau strategi strategi halangan yang wajar untuk dikaji dan diteliti.

Lihat juga kisah munafiq membina Masjid Dhirar. Keempat empat tujuan pembinaannya disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam Surah Taubah ayat 107, boleh disimpulkan sebagai strategi menghalang manusia daripada kebenaran.

Protokol Yahudi membina halangan

Protokol Yahudi banyak terselit elemen elemen “menghalang”. Cuma di sini saya utarakan salah satu daripadanya untuk diteliti, iaitu protokol ke 9;

“Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil”

Sepertimana yang telah saya utarakan, diktator merupakan contoh yang jelas bagi mencipta halangan. Lalu Yahudi sentiasa mensasarkan “kuasa” khususnya kuasa politik. Boleh lihat situasi di Mesir contohnya, pemerintah yang sealiran dengan Yahudi menjalankan operasi diktator untuk menghalang gerakan Islam.

Seni yang kedua dalam menghalang ialah menanam teori-teori palsu dan ilmu yang batil supaya merealisasikan objektif “menghalang”, iaitu menjauhkan manusia daripada kebenaran. Maka, mereka perlu kemukakan “ilmu yang batil” dan “teori yang palsu”.

Memperkenal teori yang palsu

Yahudi melancarkan strategi memperkenalkan teori yang palsu untuk mengkucar kacirkan pemikiran manusia. Ini kerana, teori merupakan perkataan yang sangat sinonim dengan pemikiran.

Mereka memperkenalkan teori sekularism dalam pemerintahan khususnya negara-negara Islam. Antara projek yang berjaya ialah menjatuhkan Uthmaniah setelah hampir 80 tahun mereka memperkenalkan “teori palsu”.

Antaranya ialah dasar pandang ke Barat. Mewujudkan pemisahan Mahkamah Sivil dan Syariah yang menjadi batu asas kepada sekularism. Teori modenism turut diperkenalkan bahawa Barat itu moden, manakala Islam itu adalah kejumudan.

Teori nasionalism juga disuntik sehingga mencetuskan Revolusi Arab 1916 (Arab Revolt) atas dasar Uthmaniyyah itu bukan berbangsa Arab, maka tidak layak memerintah Bangsa Arab yang dianggap lebih mulia.

Menghasilkan ilmu yang batil

Secara umumnya ia adalah usaha orientalis Barat untuk memperkenalkan Islam Baru yang digaris-panduankan oleh sarjana sarjana Barat. Sudah pasti ia sangat terkait dengan Teori Pemikiran yang dibincangkan tadi.

Sebagai contoh, munculnya kitab الاسلام وأصول الحكم yang dikarang oleh Graduan PhD Universiti al Azhar, Ali Abd Raziq. Contoh yang lain munculnya Snouck Hugronje sebagai Syeikh Abd Ghafar, dan banyak lagi.

Selain daripada itu, kemunculan ajaran ajaran sesat seperti Baha’iyyah dan Qadaniyyah yang diperkenalkan oleh sekeluarga Mirza Ghulam Ahmad yang dikatakan seorang agen Yahudi.

Para tokoh Gerakan Islam antara yang tegas menentang penyelewengan ini, seperti Syed Qutb yang bertajuk إسلام أمريكاني (Islam Acuan Amerika), Imam Hassan al Banna أصول العشرين, Imam Sa’id Hawwa R.A dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, hari ini ia masih dibiakkan untuk kepentingan Yahudi.

Halangan Islamophobia

Teori Palsu dan Ilmu Yang Batil ini terus menerus disuburkan. Generasi Yahudi hari ini mewujudkan “halangan” terhadap Islam dan gerakannya dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan militan yang menyamar atas nama Islam.

Akhirnya mereka berjaya membina satu blok halangan yang dinamakan Islamophobia. Islamophobia merupakan tembok yang memblok minda manusia daripada menerima Islam.

Drama-drama pengeboman perlu dimainkan. Filem-filem keganasan perlu diteruskan dengan maintain. Watak-watak pengganas perlu diserban-jubahkan supaya ia tertanam dalam di dalam minda manusia.

Gerakan-gerakan Islam sering terperangkap dalam “game” ini. Contohnya pertemuan tertutup yang dirancang sebelum berlakunya 11 September 2001, yang kemudiannya didedahkan sebagai bukti komplot gerakan Islam seluruh dunia dalam meranapkan WTC.

Halangan liberalism

Di dalam keasyikan dunia melihat persembahan teater Islamophobia, muncul sekelompok manusia yang membawa liberalism. Kononnya ia adalah kebebasan dan toleransi yang selari dengan Islam.

Para Ulamak yang ditaja oleh Amerika atau mesra Amerika perlu ditonjolkan, dan diberikan ruang secukupnya untuk menceritakan toleransi dan kebebasan “tahap terlajak” dengan disediakan dalil-dalilnya.

Liberalism perlu memainkan perananan sebagai tembok halangan, yang mengadap tembok halangan Islamophobia. Tujuannya adalah untuk menghimpit Islam di tengah-tengahnya, demi melahirkan sebuah istilah kejumudan Islam.

Ummat Islam yang tersepit

Pemikir-pemikir Islam agak tersepit di dalam menghadapi dua blok ini. Apabila ingin menceritakan tentang prinsip Islam, tembok Islamophobia akan menayangkan Islam itu taksub.

Apabila pemikir Islam ingin menceritakan tentang kebebasan cara Islam, tembok Liberalism akan menayangkan kebebasan yang terlajak sambil diselit-selit dalilnya. Maka muncullah geng Maqasid dengan putar-belitnya.

Sejak zaman Emperialism, hingga ke zaman Penjajahan Pemikiran, Ummat Islam tersepit dengan diktator. Tetapi Islam masih boleh bangkit menentang diktator. Namun, hari ini apabila berhadapan dengan Penjajahan Pemikiran, Ummat Islam masih sukar untuk memecahkan tembok liberalism dan Islamphobia.

Ummat Islam masih ramai yang terkurung di tengah-tengah dua tembok pemikiran ini. Inilah halangan-halangan hari ini selari dengan apa yang disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam al Quran. – HARAKAHDAILY 17/9/2019

- Advertisement -