PAS Parit Buntar harap mangsa ribut dibantu

- Advertisement -

PARIT BUNTAR: PAS Kawasan Parit Buntar telah mengadakan ziarah dan menyerahkan sumbangan buat keluarga yang menjadi mangsa ribut di kediaman mereka di Sungai Labu, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Penerangan PAS Parit Buntar, Shaiful Amir Yusof kepada mangsa, Sulaiman Jumaah yang tinggal bersama isteri, Faridah Baseri dan anak-anak mereka.

Cerita Sulaiman, ketika kejadian sekitar jam 6:15 pagi itu, anak-anaknya sedang bersiap untuk persekolahan di mana angin bertiup kencang dari arah laut dan menerbangkan hampir keseluruhan atap kediaman mereka.

Dengan kerugian dianggarkan sekitar RM20,000, keadaan tersebut sememangnya membebankan beliau yang hanya bekerja mengambil upah membuat bendang dan mengidap pula sakit buah pingggang sejak 7 tahun lalu.

Manakala isteri beliau hanya bekerja dengan syarikat bekalan makanan di Tanjung Piandang, sementara dua anaknya masih bersekolah.

Sehubungan itu PAS Parit Buntar merayu orang ramai membantu keluarga ini dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional 08235-29-85904636-3 atas nama Faridah Baseri. – HARAKAHDAILY 17/9/2019

IMG 20190917 WA0064

IMG 20190917 WA0065

- Advertisement -