‘Plogging’ juga meriahkan Fun Run Meru Raya

- Advertisement -

IPOH: Penyertaan program Fun Run Meru Raya 2019 di sekitar Bandar Meru Raya hari ini bertemakan baju berwarna hijau melebihi sasaran awal pihak penganjur.

- Advertisement -

Program anjuran bersama PAS Cawangan Meru Raya dan Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) ini adalah bersempena Hari Kemerdekaan Ke-62 dan Hari Malaysia.

Pengarah DACS Malaysia, Ustaz Hafez Sabri merasmikan program dan bersama-sama berlari dengan para peserta yang turut disertai anak termuda berusia enam bulan.

Program ini mengukuhkan perpaduan masyarakat setempat, beriadah bersama ahli keluarga sambil menjalankan aktiviti ‘plogging‘, mengutip sampah sekitarnya bersama-sama.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun dalam ucapan perasmiannya berkongsi hadis Nabi yang diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A mengenai izzah Rasulullah S.A.W ketika berjalan kaki.

Ketua Penerangan PAS Tambun, Ustaz Rosli Azizan menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan wira-wira negara berjuang memerdekakan Malaysia 62 tahun yang lalun yang diseru supaya diambil semangat dan dijejaki jasa mereka kepada negara.

Turut hadir menjayakan program, Ketua PAS Zon Meru, Ustaz Zabidi Zainal Abidin dan Ketua PAS Meru Raya, Mohd Aquil Mohd Yusof serta Pengarah DACS Tambun, Muhammad Safwan Jaafar. – HARAKAHDAILY 16/9/2019  

 

IMG 20190916 WA0034 

IMG 20190916 WA0035

IMG 20190916 WA0036

- Advertisement -