PAS anjur Pesta Buah-buahan di Bintulu

- Advertisement -

BINTULU: Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah menganjurkan program Pesta Buah-buahan di kawasan setinggan Sungai Plan, di sini semalam

- Advertisement -

Pesta ini dirangka sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat PAS yang menjadikan Sarawak sebagai tuan rumah di mana ianya bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat dan pimpinan PAS.

Pesta Buah-buahan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali yang turut diiringi wakil daripada PAS Negeri Sarawak dan PAS Kawasan Bintulu.

Seramai 100 penduduk telah terlibat dalam program ini di mana dijamukan dengan buah-buahan tempatan yang dibekalkan secara percuma seperti durian, cempedak dan buah-buahan tempatan lain.

Penduduk juga mengambil peluang ini untuk bertanya mengenai entiti PAS secara terus kepada pimpinan dalam suasana makan dan bincang secara santai.

Pada masa sama, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh juga melahirkan rasa simpati dengan kesusahan yang dialami penduduk.

“Walaupun Sarawak negeri yang kaya dengan hasil bumi, namun masih ada rakyatnya yang miskin di tanah sendiri hidup tanpa bekalan elektrik,” ujar beliau setelah mendengar keluhan rakyat ketika program.

Dr Halimah menyatakan kegembiraan beliau atas perlaksanaan program ini dan berpendapat program santai ini perlu diteruskan agar hubungan dengan masyarakat dapat dibina dengan lebih dekat. – HARAKAHDAILY 16/9/2019   

IMG 20190916 WA0019

IMG 20190916 WA0018

IMG 20190916 WA0017

- Advertisement -