Halang ‘penjajah’ DAP dari kuasai Sarawak

IMG 20190916 WA0057
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggambarkan betapa strategi ala-penjajah Barat dahulu kala sebenarnya masih menjadi praktik parti politik tertentu di dalam negara ketika ini.

- Advertisement -

Menghamparkan sejarah tertubuhnya Malaysia, beliau menyusun semula penerangan tindakan penjajah Barat yang bukan sahaja mengasingkan kaum Melayu, Cina dan India, malah menggali kekayaan hasil bumi Tanah Melayu.

Imbasan penting tersebut dibentangkan beliau dalam ucapannya dalam Sambutan Hari Malaysia anjuran PAS Pusat dan PAS Negeri Sarawak di Rumah Panjang Gima, di Bintulu pagi tadi.

Menurut beliau, kekayaan hasil bumi terutamanya minyak di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu masih belum dibahagikan secara adil sebagaimana ajaran Islam yang mendahulukan negeri sebelum dikongsi kepada Pusat.

Namun katanya, hanya 5 peratus hasilnya diberikan kepada kerajaan negeri, bahkan ada yang masih tidak menerima bayaran berkenaan, sedangkan rakyat di negeri terbabit pula antara penduduk miskin teramai dalam negara.

Ahli Parlimen Marang itu turut mengemukakan mengenai agihan dan penguasaan ekonomi serta hasil negara secara tidak seimbang yang digambarkan dengan monopoli kekayaan oleh satu kaum, sedangkan lainnya terus miskin.

“Bandar masih dikuasai oleh orang-orang Cina, mereka inilah (yang) merasai kekayaan dan ekonomi perniagaan. Kawasan pendalaman masih tempat tinggal orang Melayu, orang Iban dan lalin-lain dalam kemiskinan. Jumlah mereka paling besar, sepatutnya kekayaan ini dibahagi-bahagikan.

“PAS mahu supaya adil untuk semua, bukan untuk satu kaum sahaja. Contohnya Sabah dan Sarawak ada minyak, Terengganu dan Kelantan juga ada minyak, minyak dan gas di Malaysia. Contohnya negeri saya 60 peratus, 40 peratus lagi Sabah, Sarawak dan Kelantan.

“Tapi Kerajaan Pusat bagi 5 peratus sahaja, Sabah dan Sarawak masih diberi 5 peratus. Terengganu dengan Kelantan oleh kerana PAS yang menang, dia potong tak bagi, dalam hal ini Sabah Sarawak lebih baik, ada 5 peratus,” ujar beliau.

Katanya, DAP seolah-olah sedang menekan kerajaan hari ini apabila berhempas pulas untuk mengekalkan susun atur yang meletakkan kaum Cina di bandar dan meneruskan legasi yang menjadikan mereka mengumpul kekayaan serta menguasai ekonomi di Malaysia.

Hal itu menurutnya, akan menyebabkan kaum lain terpinggir dan tertinggal di belakang dalam sektor ekonomi termasuk teknologi dan fasiliti canggih hari ini, sedangkan majoriti penduduk pula sebaliknya iaitu hidup dengan kekurangan kemudahan asas dan lain-lain.

“PRU lalu, BN jatuh. Tapi yang menguasai Malaysia hari ini PH. DAP yang memimpin paling besar, malangnya DAP mahu mengumpul kekayaan untuk orang cina sahaja, bukan untuk semua.

“Orang-orang lain masih dalam ketinggalan, padahal orang (Peribumi) asal lebih ramai daripada orang Cina, baik di Semenanjung begitu juga di Malaya. Mereka (orang Cina) menguasai ekonomi. Orang India, Melayu dipinggirkan,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, ini satu tindakan oleh pemerintah yang sangat jauh dari landasan sebagai sebuah kerajaan yang perlu mentadbir negara dengan adil, bahkan sepanjang pemerintahan PH harga barangan sangat mahal, selain kehidupan menjadi sangat rumit.

Hal tersebut jelas beliau, sekali gus memberi persepsi bahawa pemerintahan PH lebih teruk daripada BN.

“Sebab itu kita harap supaya rakyat selama ini utamakan, biar Bumiputera yang menguasai Sarawak ini, biar Melayu yang menguasai Sarawak ini, kita tidak halau orang Cina, tidak! Tapi jangan (kita biarkan) orang Cina (DAP) menguasai Sarawak ini.

“DAP mahu orang Cina menguasai Sarawak, kita kena halang, sebab itu Melayu Iban, dengan semua penduduk asal ini perlu bersatu, pertahankan kuasa bumiputera di Sarawak ini. Ini (yang) PAS minta. Supaya kita semua bersatu, jangan sokong DAP, jangan sokong parti-parti yang bekerjasama dengan DAP,” serunya.

Melihat kepada sambutan dan semangat yang diberikan rakyat Sarawak terhadap PAS, beliau dengan senang hati mengakhiri ucapannya dengan menghadiahkan tiga rangkap pantuan buat orang asal Sarawak di dalam bahasa Iban bersama terjemahan.

Rumah Kima rumah bertuah,
Namanya pasti memahat sejarah,
Salam perpaduan Salam Muhibbah,
Dari jauh kami berziarah.

Rosli Dobi dan juga Rentap,
Pahlawan berani Bumi Kenyalang,
Moga hubungan bertambah mantap,
Negara Malaysia sama dijulang.

Alunan safi indah sekali,
Hari Malaysia ngajat ditari,
Rumah Kima kekal dihati,
Baik budi menggamit kemari. – HARAKAHDAILY 16/9/2019  

IMG 20190916 WA0054

IMG 20190916 WA0057

 

- Advertisement -