An evening with Presiden PAS di S’wak

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH. Malam tadi selesai berlangsung dengan jayanya program santai An Evening With YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sempena Sambutan Hari Malaysia 2019 di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak. Program seterusnya ialah Sambutan Hari Malaysia 2019 peringkat PAS Pusat esok di Rumah Panjang Rh Gima, Kuala Tatau.

- Advertisement -

Seronok kehadiran malam ini yang menggambarkan wajah Malaysia dengan kehadiran dari pelbagai kaum. Ada Melayu, Dayak, Cina, India, Melanau, Vaie, Bugis, Jawa dan lain-lain hadir malam ini. Ayuh “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”.

Saya diamanahkan sebagai Pengacara Majlis. Turut hadir YB Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Timbalan Presiden), Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden), YB Dato’ Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung), Hj Jofri Jaraie (Pesuruhjaya PAS Sarawak) dan ramai lagi pimpinan PAS dan Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP).

Syabas warga Bintulu yang sudi hadir ke program ini dan tahniah juga kepada warga maya yang menonton Live Facebook mencecah 5K at peak. Views live yang disiarkan di beberapa channels mencecah 125K views keseluruhan malam ini. Tahniah dan terima kasih Team IT!

Siiru ‘ala barakatillah, teruskan perjuangan!

MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 16/9/2019

IMG 20190916 WA0005 

IMG 20190916 WA0006

IMG 20190916 WA0008

 IMG 20190916 WA0009

- Advertisement -