Piagam Muafakat Nasional mensejahtera negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS dan Umno hari ini telah menandatanganii secara rasmi Piagam Muafakat Nasional di Dewan Merdeka, PWTC.

- Advertisement -

Piagam yang ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan negara yang majmuk.

Antara intipatinya, menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang menjamin pembentukan negara Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan serta menjamin kepentingan masyarakat majmuk terpelihara.

Memperkukuhkan muafakat nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar belakang agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

Membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

Mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan. – HARAKAHDAILY 14/9/2019

- Advertisement -