HPU914: Ramai menitis air mata, beremosi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ramai yang menitiskan air mata menyaksikan permeteraian Piagam Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini, kata Ketua Pemuda Umno, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

- Advertisement -

“Ramai yang menitiskan air mata dan beremosi tatkala menyaksikan permeteraian Piagam Muafakat Nasional yang menyatukan dua parti terbesar orang Melayu-Islam, Umno dan PAS yang berpuluh tahun bersengketa,” ujarnya menerusi laman Facebook.

Menurutnya, puluhan ribu rakyat membanjiri dan memenuhi segenap penjuru PWTC hari ini untuk menyatakan sokongan dan tidak mahu terlepas untuk menjadi sebahagian daripada sejarah penting negara pada tanggal 14 September 2019 ini.

“Moga Allah berkati dan rahmati permuafakatan ini yang dilandaskan atas dasar aqidah dan ketaqwaan seutuhnya kepada Allah,” katanya lagi.

Piagam Muafakat Nasional itu ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Himpunan Penyatuan Ummah, hari ini. – HARAKAHDAILY 14/9/2019

- Advertisement -