HPU914 berasas Hijrah Nabi dan Kemerdekaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) melakarkan sejarah bermakna buat negara Malaysia dengan menyatukan dua buah parti terbesar PAS-Umno.

- Advertisement -

Kedua-dua parti menegaskan bahawa penyatuan ini mengambil tanggungjawab moral dan politik berasaskan titik pertemuan yang dipersetujui bersama.

“Titik pertemuan pertama adalah iktibar peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W mendahulukan penyatuan. Serta keduanya, peristiwa Kemerdekaan Malaysia dengan asas kukuh dalam pembentukan negara harmoni,” kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan

Beliau berkata demikian ketika memulakan ucapan alu-aluan HPU914 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menurutnya, Piagam kerjasama PAS-Umno berteraskan Perlembagaan Malaysia dan Kontrak Sosial sedia ada dengan menjadikan elemen muhasabah dan hisbah secara bersama.

“Marilah kita berkerajaan dan bernegara secara bersama bertunjangkan Islam, kita bukan rasis dan jauh sekali menjadi pelampau,” seru beliau lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Panglima Anuar Musa menyampaikan ucapan alu-aluan mewakili Jawatankuasa Pelaksana Umno HPU914.

“HPU914 adalah himpunan kita bersama berikrar, berta’awun dan bekerjasama kerana ummah, demi rakyat berbilang bangsa dan kesejahteraan negara tercinta,” ujarnya.

Pesan beliau lagi, kepada mereka yang iri hati dan dengki kepada kejayaan penyatuan ini, ketahuilah bahawa perhimpunan ini sebagai bukti rakyat cintakan keamanan dan perpaduan. – HARAKAHDAILY 14/9/2019

- Advertisement -