PAS-Umno Batu Pahat akur nasihat Mursyidul Am

- Advertisement -

BATU PAHAT: PAS Kawasan Batu Pahat telah menganjurkan Ceramah Penyatuan Ummah di Kompleks PAS (KOMPAS) Batu Pahat di Rengit, di sini semalam.

- Advertisement -

Ceramah Penyatuan Ummah ini merupakan Siri Ke-17 yang berkesinambungan kepada Himpunan Penyatuan Ummah yang diadakan di PWTC bermula hari ini.

Lebih membangkitkan semangat PAS Batu Pahat apabila ceramah ini menerima kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin.

Turut hadir dalam ceramah kali ini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin dan Pengerusi Umno Johor, Dato’ Ir Hasni Mohammad.

Pimpinan-pimpinan PAS dan Umno Batu Pahat daripada pelbagai lapisan seperti Pemuda, Muslimat dan Wanita turut hadir dalam ceramah ini.

Tuan Guru Hashim dalam ucapannya turut membutirkan nasihat terutama berkenaan sikap ihsan terutama memaafkan antara kedua parti ini.

“Ahli-ahli PAS perlu memaafkan dan melupakan kezaliman yang pernah dilakukan oleh Umno kepada PAS dan ahli PAS suatu ketika dahulu.

“Adakah masih ada yang ingin mempertikaikan Penyatuan Ummah PAS dan Umno ini? Hanya orang yang buta (hati) sekalipun matanya celik yang mempertikaikan Penyatuan Ummah ini,” ujar Tuan Guru Dato’ Hashim.

Beliau turut menyeru agar kita beramai-ramai dapat hadir bersama dalam Himpunan Ummah di PWTC pada hari ini dan esok. – HARAKAHDAILY 13/9/2019

IMG 20190913 WA0052

- Advertisement -