HPU914: PAS-Umno mesti sedia tempuh cabaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin mengingatkan bahawa perkara asas yang perlu ada dalam penyatuan ummah adalah keikhlasan.

- Advertisement -

“Jika rakyat menganggap penyatuan ini akan membolehkan kemenangan pada PRU15, barangkali kita telah melangkaui daripada kuasa yang diberikan oleh Allah.

“Kita bukan Tuhan, tetapi oleh kerana kita bersatu dan melihat bahawa perjuangan untuk menegakkan agama Islam merupakan fardu ain dalam keadaan sekarang,” ujarnya.

Beliau mengungkapkan perkara penting itu ketika berucap dalam Townhall Anak Muda sempena Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC, petang semalam.

Sebab itu katanya, PAS dan Umno bersatu dan pastinya gagasan tersebut akan diuji oleh Allah dalam setiap detik dan waktu, sekali gus amat menuntut keikhlasan itu.

Mengungkap kegemilangan lampau, sejarah kemukanya, telah membuktikan bahawa ada satu peristiwa besar dunia di mana menunjukkan Islam boleh terus memimpin sehingga 14 abad lamanya.

Bahkan juga menurutnya, Islam memimpin lebih daripada tiga perempat dunia di mana peristiwa itu bermula dengan pemeteraian ‘Piagam Madinah’.

Maka terangnya, hasil daripada penyatuan ummah tersebut, terlahirlah sebuah negara Islam yang pertama dinamakan sebagai Madinah dan diikat dengan ‘Piagam Madinah’.

Oleh itu jelas beliau, PAS dan Umno mengambil semarak yang sama dari pemeteraian bersejarah tersebut di mana penyatuan dibentuk kini adalah kerana Islam.

Tambahnya, jika PAS-Umno ingin bersatu semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim, mereka boleh melakukan segala perkara, namun, matlamat tidak menghalalkan cara.

“PAS-Umno boleh menggerakkan seluruh kekuatan Pemuda PAS dan Umno untuk melakukan demonstrasi seperti yang berlaku di Thailand. PAS dan Umno boleh duduk di Putrajaya dan jatuhkan PH.

“Tetapi kita ingin masuk ke Putrajaya dengan cara terhormat, sepertimana mereka masuk pintu Putrajaya dengan cara terhormat,” katanya.

Di mana peringat beliau, jika betul penyatuan PAS dan Umno pada hari ini berteraskan agama, maka pastinya sunnatullah itu juga berteraskan kepada agama.

Iaitulah jelasnya, sunnatullah perjuangan kedua pihak pasti akan mengikuti episod perjuangan Rasulullah S.A.W. dan perjuangan itu pastinya panjang dan sukar. – HARAKAHDAILY 14/9/2019

- Advertisement -