HPU914: Muslimat-Wanita seteguh surah as-Saff

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketenangan majlis Himpunan Wanita Perpaduan Ummah yang digamit bacaan surah as-Saff oleh Humaira Johari menjadi intipati penting dalam kupasan wacana di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, pagi ini.

- Advertisement -

Dimoderatorkan oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, majlis menampilkan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Wanita Umno Malaysia, Dato’ Dr Noraini Ahmad sebagai ahli panel.

Dr Noraini mengupas perihal integriti dalam tugas yang digalas di mana antara peranan pimpinan adalah menunaikan janji kerana umat berpegang kepada setiap perkara diperkatakan.

Beliau juga mengungkap hikmah kekalahan BN pada PRU14 lalu rupanya mengubah landskap politik negara dan mencetuskan Perpaduan Ummah yang sedang berlaku kini.

Malah, persaudaraan kedua pihak katanya, menjadi cabaran besar dan menggoyahkan kedudukan PH selaku kerajaan di mana beliau optimis akan menjadi kerajaan sepenggal atas watak pembangkang mereka.

Manakala Ustazah Nuridah menekankan pegangan kepada tali Allah sebagai asas utama penyatuan sebagaimana pengajaran dari surah as-Saff itu, selain peringatan agar tidak berpecah-belah.

Beliau turut mengingatkan mengenai kepentingan membantu sesama saudara Muslim dan melaksanakan kebajikan selain sentiasa berpandukan al-Quran dalam kehidupan. – HARAKAHDAILY 13/9/2019

IMG 20190913 WA0019

IMG 20190913 WA0013

 

- Advertisement -