HPU914: Ameerah-Puteri sedia gerak ke akar umbi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Generasi masa depan termasuk kalangan wanita muda adalah harapan untuk mengembalikan negara ini kepada sebuah pemerintahan adil berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Md Noor berkata, harapan tersebut akan berlanjutan dari piagam penyatuan yang akan dimeterai esok di mana menuntut peranan kalangan wanita muda.

“Wanita muda akan turun ke peringkat akar umbi untuk menyampaikan penerangan mengenai agenda ummah ini,” seru beliau pada Wacana Wanita Muda sempena Himpunan Wanita Penyatuan Ummah, di PWTC tengahari tadi.

Hal tersebut diperkukuhkan lagi dengan seruan Ketua Puteri Umno Malaysia, Dato’ Zahida Zarik Khan yang mahu kedua sayap itu saling bekerjasama menjayakan agenda penyatuan ummah ini.

Ta’awun siyasi yang disepakati antara PAS dan Umno mesti difahami oleh wanita muda agar kita boleh terus bersatu,” ujar beliau.

Satu montaj mengenai penyatuan dan ta’awun siyasi itu turut ditayangkan kepada hadirin dalam menyuluh penjelasan lebih terang mengenai agenda kedua-dua parti terbesar negara ini.

Kedua entiti ini turut merakam simbolik hubungan kedua pihak dan sokongan kepada agenda penyatuan ini dengan pertukaran cenderahati. –HARAKAHDAILY 13/9/2019

IMG 20190913 WA0030

IMG 20190913 WA0029

- Advertisement -