Hanya universiti di Terengganu digabungkan?

- Advertisement -

SAYA hairan jika langkah penggabungan dikatakan akan melonjakkan kecemerlangan universiti, mengapa Kerajaan tidak memulakan dahulu dengan universiti-universiti lain?

- Advertisement -

Misalnya gabungkan Universiti Malaya di Lembah Pantai dengan UniKL atau Universiti Islam Antarabangsa di Gombak?

Jika ianya begitu baik, saya pasti Ahli-ahli Parlimen Lembah Pantai dan Ahli Parlimen Gombak akan bersetuju jika saya cadangkan pilot projek penggabungan dimulakan dulu dengan universiti-universiti ini.

Saya juga ingin tahu, selain dari Universiti Malaysia Terengganu, adakah Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Sarawak juga akan digabungkan dengan mana-mana universiti awam lain yang ada di negeri masing-masing?

Tidakkah lebih logik digabungkan kesemua Universiti Malaysia mengikut negeri ini sebagai sebuah Universiti Malaysia yang lebih besar manakala yang sedia ada di negeri-negeri sebagai kampus negeri seperti model UiTM yang ada sekarang yang mempunyai kampus di seluruh negara?

Boleh kah negeri-negeri lain menerimanya dengan baik?

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
13 September 2019 – HARAKAHDAILY 13/9/2019

- Advertisement -