PAS, NGO lawat kubur Cina diroboh kerajaan

- Advertisement -

BATU KAWAN: Langkah pihak Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow merobohkan perkuburan Cina di Mukim 13 di sini disifatkan sangat tidak beretika dan mengguris perasaan waris.

- Advertisement -

Sejak tindakan itu pada 4 September lalu, pihak bertanggungjawab dengan kuasa pada mereka langsung diam membisu tidak memberi sebarang penjelasan dan penyelesaian kepada masalah yang terus tergantung itu hingga kini.

Sehubungan itu, pihak PAS Pulau Pinang turun padang melihat kesan perobohan tersebut dan mendapatkan sendiri penjelasan dari penjaga kubur dengan turut disertai sama oleh wakil-wakil NGO, semalam.

Kehadiran diketuai Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pulau Pinang, Yacoob Omar dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ahmad Safuan Ujar serta Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan, Kamil Halim.

Juga turut serta adalah wakil-wakil dari Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), Dewan Himpunan Penyokong PAS, MIC Bahagian Batu Kawan, Penang Front Party dan PEKIDA.

Hasil daripada lawatan dan penerangan diberi pihak penjaga kubur, sebanyak 43 plot kubur kosong serta yang terdapat mayat dan abu mayat terjejas teruk hingga menyukarkan pemindahan dibuat sebaiknya.

Malah sehingga kini, baik di pihak kerajaan mahupun waris, masing-masing mengaku mempunyai hak atas tanah lot 248 dan 1499, tetapi paling dikesali apabila tindakan dibuat tanpa pengetahuan waris serta kebenaran penjaga.

Antara dipersoalkan adalah Kon Yeow sepatutnya lebih jelas dan faham adat pengkebumian bagi masyarakat Cina di mana perbuatan kerajaan negeri itu seolah-olah memecahkan Feng Shui bagi seluruh keturunan si mati.

Bahkan tindakan itu juga disifatkan menyanggah kepercayaan masyarakat Cina bahawa penjagaan kubur dengan baik akan menjadikan anak cucu generasi akan datang juga lahir sebagai manusia baik.

Lebih mengecewakan penjaga kubur itu apabila hak milik yang diwarisi berusia hampir 100 tahun itu dispekulasi akan bergantian pembangunan kubur baru di atas puncak bukit sama. – HARAKAHDAILY 12/9/2019    

IMG 20190912 WA0020

IMG 20190912 WA0021IMG 20190912 WA0022

IMG 20190912 WA0023

IMG 20190912 WA0024

IMG 20190912 WA0025

- Advertisement -