Keahlian PAS Hang Tuah Jaya makin bertambah

- Advertisement -

HANG TUAH JAYA: PAS Kawasan Hang Tuah Jaya terus menerima lonjakan apabila menerima 70 borang permohonan keahlian baharu dari PAS Cawangan Bukit Lintang, di sini.

- Advertisement -

Penyerahan borang-borang tersebut telah dilakukan Penasihat PAS Bukit Lintang, Mohd Diah Abdul kepada Yang DiPertua PAS Hang Tuah Jaya, Ramli Dalip dalam satu majlis, kelmarin.

Menurut Ramli, jumlah penyertaan yang menunjukkan peningkatan sangat baik itu adalah kesan program dan kesedaran rakyat untuk bersama perjuangan dibawa oleh PAS.

Jelasnya, rakyat semakin mengenali perjuangan dan dasar PAS yang berteraskan Islam serta membawa kesejahteraan kepada rakyat, sekali gus ia menjadi ‘pengganti’ baharu.

Beliau yakin mereka yang baharu menyertai itu lebih baik kesetiaannya, bahkan lebih ramai berbanding kalangan meninggalkan perjuangan ini.

“Saya harap setiap Cawangan agar meneruskan agenda parti menerusi tiga elemen penting iaitu dakwah, tarbiyah dan siyasah agar difahami ramai serta membudayakan politik matang dan sejahtera, seterusnya menarik lebih ramai mendalami Islam sebagai cara hidup,” seru beliau. – HARAKAHDAILY 12/9/2019

IMG 20190912 WA0042

- Advertisement -