Dari UG ke PU: Gagasan Presiden PAS jadi nyata

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seruan kebersamaan, perpaduan dan penyatuan telah lama dikemukakan khususnya oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagaimana idea ‘Unity Government’.

- Advertisement -

Namun, kata Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, idea tersebut ditohmah antaranya menuduh Presiden mahu bawa PAS masuk Umno, sedangkan hasrat beliau bukan seperti itu.

“Beliau melihat perlu sebenarnya parti-parti politik, kita ini jadi-jadilah bergaduh. Duduk semeja, bincang untuk kepentingan rakyat Malaysia. Bangun bersama kelebihan yang ada pada negara kita sebenarnya.

“Alhamdulillah, banyak kebaikan telahpun dilaksanakan Umno. Tetapi itupun sebenarnya dengan berkat daripada tegur-menegur daripada Pembangkang juga,” ujarnya mengulas pentingnya teguran dan nasihat kepada pemerintah.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Himpunan Perpaduan Ummah bersama Ketua Wanita Umno Malaysia, Dato’ Dr Noraini Ahmad yang bersiaran langsung di Media Umno Online, di sini kelmarin.

Beliau juga mengulas keadaan politik negara khususnya di bawah pemerintahan PH yang begitu tidak menggembirakan rakyat kebanyakan di mana menyaksikan banyak masalah dan perbuatan menyalahkan orang Melayu.

Kerana itu serunya, seluruh permasalahan perlu kembali kepada pemerintahan berasaskan Islam sebagaimana sejarah telah membuktikan yang ia menaungi secara sejahtera terhadap semua bangsa dan agama.

Malah kupasnya, sejak pemerintahan PH timbul pelbagai kecurigaan sepertimana terbaru kejadian menterbalikkan Jalur Gemilang, sedangkan orang PAS terdidik melalui Perlembagaannya untuk mempertahankan negara.

Pun begitu, Ahli Dewan Negara ini berharap agar perubahan berlaku dengan Allah membuka hati-hati para Menteri beragama Islam untuk melaksanakan perkara yang benar menurut Islam demi kepentingan dan survival ummah.

Menyeru untuk bersama dalam HPU914 hujung minggu nanti, beliau mengungkap pantun berbunyi, ‘Tuan Puteri dari kayangan, Senyum manis seperti madu, Berbeza fahaman politik bukan halangan, Demi kekuatan ummah kita berpadu. – HARAKAHDAILY 11/9/2019

Pas UMNO

- Advertisement -