Usrah bowling erat ukhuwah PAS Teras Jernang

- Advertisement -

BANGI: PAS Cawangan Teras Jernang telah mengadakan usrah gabungan santai yang dilangsungkan di Ampang Superbowl Centre, Bangi Gateway di sini kelmarin. 

- Advertisement -

Manifestasi daripada usrah ‘outdoor’ ini merupakan tuntutan hak kepada badan dalam penjagaan kesihatan para daie bak kata pepatah Arab ‘Al Aqlus Salim fil Jismi Salim’ iaitu akal sihat datang daripada badan sihat.

Seramai 40 orang ahli yang terdiri daripada Muslimat dan Pemuda mengambil bahagian dan diserikan lagi dengan kehadiran anak-anak.

Program yang diatur awal sempena cuti umum Keputeraan Yang DiPertuan Agong ke-16 dimulakan dengan sedikit ucapan aluan pimpinan, bacaan doa dan bergambar sebelum memulakan permainan.

“Program santai seperti ini penting dalam merapatkan ukhuwwah dan mahabbah sesama jamaah, saling mengenali, bantu-membantu, natijahnya akan melahirkan wehdatul fikr dan wehdatul amal di peringkat akar umbi parti,” kata Ketua PAS Teras Jernang, Ustaz Solah Abdullah. – HARAKAHDAILY 11/9/2019

- Advertisement -