PTA: AMAL Anjung Barat sedia rampas kejuaraan

- Advertisement -

KUALA LANGAT: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Selangor telah melangsungkan Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) Anjung Barat di Kem Delta, Jugra, di sini 7 September dan berakhir kelmarin.

- Advertisement -

Program tahunan ini mendapat penyertaan lebih 100 anggota AMAL mewakili Kawasan Kapar, Kuala Langat, Shah Alam dan Klang yang menunjukkan semangat kebangkitan baharu mereka.

Ianya juga sebagai persediaan untuk menyertai PTA Negeri Selangor yang bakal berlangsung awal bulan depan dengan membawa tekad ‘merampas’ kejuaraan disandang AMAL Anjung Selatan.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena PTA ini antaranya Amal Race Hiking di Bukit Jugra, pertandingan kesenian, latihan kompas, semboyan, kawad dan bantu mula kecemasan, selain gotong-royong.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi menyempurnakan perasmian penutup di mana antara seruan beliau adalah mengemaskini data keahlian dan kehadiran pada aktiviti seperti ini.

Beliau juga berharap AMAL Selangor memiliki kem latihan sendiri untuk melaksanakan pelbagai kegiatan mereka. – HARAKAHDAILY 10/9/2019

- Advertisement -