Pemuda Pmtg Pauh giat laksana Street Dakwah

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: Pemuda PAS Cawangan Jalan Baru telah melaksanakan program Street Dakwah yang dilangsungkan dengan jayanya di Pangsapuri Pauh Damai, Taman Pauh, di sini semalam.

- Advertisement -

Program dengan kerjasama Lajnah Dakwah dan Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh serta Ahli Jawatankuasa PASTI As-Syakirin ini diketuai Naib Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Aiman Shamsul Baharin.

Dalam program ini, para amilin dikumpulkan untuk melaksanakan aktiviti di medan sebenar menerusi pendekatan ‘door to door’ dengan mendekati masyarakat setempat.

Dikesempatan pertemuan bersemuka menemui masyarakat itu, pihak delegasi Pemuda PAS mengedarkan jadual Kuliah Maghrib Masjid Jalan Bharu serta seruan mengimarahkan masjid.

Menerusi inisiatif demikian, ianya bukan sahaja merapatkan ukhuwah dengan pelbagai lapisan masyarakat, malah membolehkan Pemuda menerima aduan kebajikan daripada para penduduk.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Permatang Pauh juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan memerlukan dan memberi komitmen untuk terus membantu. – HARAKAHDAILY 8/9/2019

IMG 20190908 WA0003

IMG 20190908 WA0002

- Advertisement -